Kampus pertama IPTIP di Guar Jentik, Perlis
Penubuhan IPTIP
Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ditubuhkan
pada tahun 1998 yang merupakan cetusan idea DYMM Tuanku Syed Sirajuddin
Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah
negeri ilmu dan penekanan yang lebih fokus kepada pendidikan Islam.
Falsafah IPTIP
"... Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman
dan orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan
dalam kalangan kamu dengan beberapa darjat"
Surah Al Maidah (58:11)
Pendidikan bersepadu adalah proses berterusan yang berteraskan
tauhid bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi
dengan kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran,
memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang.